Aug 28, 2005

A Journey "Akademi Fasilitator"


Bismillah..

Moga Tuhan merestui kehidupan ini dengan penuh kasih sayang. Alhamdulillah, bertuah sungguh. Kerna hari ini adalah tanda kesatuan sebuah usaha, sebuah perjuangan. Aku dan sahabat Akademi Fasilitator bersama kembara di Bumi Khaliqul 'alamin.

Berada di Seremban, sedari pagi hingga usai petang nampaknya membuah kepuasan. Bersama adik-adik, berkongsi ilmu :)

Biar, kesilapan itu tak sunyi dari jendela hidup manusia..tapi hakikat pengalaman itu akan lebih utama. Ilmu itulah yang aula. Belajar dan terus belajar. Eksperimentasi itu tetap hebat di mataku, kerna genggam tangan kita sepanji yang akrab.

Gandingan ini atas kasih Tuhan.

Moga aku dan hati yang lain terus bertaup untuk menilai diri dalam khalayak yang pelbagai. Cita dan impian kami dalam Akademi ada terlalu banyak dan misi itu tetapkan satu, ledakan da'wah pada hierarki manusia yang masih dan mahu belajar.

Moga tautan ini tetap dirangka ketauhidan, apa yang dikata cinta dan cita..satu pengkhabaran insan, menuju redha Ilahi.

Dengari doa ini wahai Tuhan. Hati ini dibakar pelbagai mehnah dunia. Moga gesaan juang terus bertandang, biar kami terus berhikmah dalam kata dan tingkah. Hakikat menuntut dan dituntut..nyatakan bila kami lupa dan alpa.

Benamkan nafs pada tadahan terakhir. Takhta kan dihati erti seteru nafsu nafsi, biar kami terus bergabung menuju cinta murni yang bertakhta..taklifan hamba Tuhan.

Palingkan kami dari ghulfah wanasiyya, biar kemelut melanda..tetapkan nawaitu itu satu. Tuhanku..landaikah hati ini berserah dan terus usaha, kerna KAU lebih mengerti segala.

Kejatuhan, kegagalan..bukan satu kelemahan. Natijahnya bila berfikir, saksi cinta insan kamil...sudi tersenyum dirantai kenangan.

2 comments:

Anonymous said...

..akademi fasilitator??..
..bagusnyer..
..cam akademi fantasia la plak..
..ada wat undi sms tak..

..slalu dah dgr nama mentor ulung nie..
..tak perasan plak orgnye yg ner satu..
..salam perkenalan..
~(^_^)~

Anonymous said...

salam alaik ibn fadhli :) ya, along selalu gak dengar nama awak..hehe. Tapi..yg mana satu ye?? :)

ermm..Alhamdulillah, AF menjadi wadah utk mencari ilmu dan pengalaman :) opss..takde main sms..hehe. Hand on training :)segala adalah eksperimentasi utk menguji tahap kelayakan kami:)

salam perkenalan..salam ukuwwah :) jazakallahukhair ;)